Isnin, 14 Mei 2012

tersenyumlah meskipun hari ini gagal...

assalamualaikum....bila rasa sedih,tersenyumlah,bila diuji sesuatu,sabarlah..kerna sabar itu iman..hidup hanya pinjaman..semoga hati ini dirahmati Tuhan yakni ALLAH SWT...hari ini,saya gagal dalam melaksanakan tugas,,tapi berharap selepas ini takkan gagal lagi dalam menyedarkan manusia...Ya Allah tenangkanlah hatiku seperti lautan...

Khamis, 10 Mei 2012

renungkanlah selalu buat pekerja awam....

buat teman-teman sekalian...yang tak kenal mahupun yang melawat page ni...renungkanlah perkara di atas..agar rezki yang kita perolehi berkah disisi ALLAH,bekerjalah dengan ikhlas..sedarlah kita bahawa,bukan senang kita dapat kerjaya yang kita miliki...tapi kadangkala,bila dapat kerja..tak nak keje..masih mahu mengular..sedarkan hati,ingat pada ALLAH..bekerja dengan ikhlas kerana Nya....sentiasa bermuhasabah diri kita...

bingkisan dihari penuh kemuliaan...penghulu segala hari

assalamualaikum.wbt..alhamdulillah,bersyukur saya kepada Ilahi..bersyukur selalu kepadaNya kerna Allah saya masih bernafas di atas muka bumiNya..moga2 sampai masa nanti,ingin bertemu ke hadratNya dengan khusnul khatimah...buat rakan2 yang ada menyapa blog ini..atau melawatinya..bolehlah bekongsi dan merenungs sejenak serta bermuhasabah diri sesama kita..


JIKA ANDA DIUJI…CUBALAH DENGAN :
JIKA DICACI..SAMBUTLAH IA DENGAN SENYUMAN
JIKA DIHINA..TANGKISLAH DENGAN BERLEMAH LEMBUT
JIKA DIMARAH..BALASLAH DENGAN DIAM
JIKA ORANG BERBUAT JAHAT KEPADA KITA…ATASI DENGAN KEBAIKAN

Muhasabah Diri Seketika



Mari kita baca 14 Perkara dibawah dan renung-renungkan…




1. Yang Singkat Itu “WAKTU”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Mensia-siakannya? 


2. Yang Menipu Itu “DUNIA”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Sukakannya? 


3. Yang Dekat Itu “KEMATIAN”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tak Buat Persiapan Untuk Menghadapinya? 


4. Yang Besar Itu “HAWA NAFSU”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tidak Mengawalnya? 


5. Yang Berat Itu “AMANAH”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Berebut-rebut Mahu Memikulnya? 


6. Yang Sulit Itu “IKHLAS”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tidak Cuba Mendapatkannya? 


7. Yang Mudah Itu “BERBUAT DOSA”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tidak Berusaha Menghindarinya? 


8. Yang Susah Itu “SABAR”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tak Merasai Kepentingan Dan Bermujahadah Dalam Menahan Perasaan? 


9. Yang Sering Lupa Itu “BERSYUKUR”…Tapi Kenapa Masih Ramai Lagi Yang Kufur? 


10. Yang Membakar Amal Itu “GHIBAH” (MENGUMPAT)…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Menjadikannya Hobi, Mengumpat Sana Sini? 


11. Yang Mendorong Ke Neraka Itu “LIDAH”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Bermulut Lazer, Bercakap Bohong Dan Berkata Dusta? Atau asyik Nak Mengata Orang Saja? 


12. Yang Berharga Itu “IMAN”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tidak Berusaha Memantapkannya?


13. Yang Menenteramkan Hati Itu “TEMAN SEJATI”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Suka Cari Musuh Dari Cari Teman Sejati? 


14. Yang Ditunggu Allah SWT Itu “TAUBAT” hambaNya…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tak Sedar Diri…Berasa Dirinya Sudah Cukup Baik?




Oleh itu, saya menyeru kepada anda dan kita semua untuk sama-sama bermuhasabah diri sentiasa. Ingatlah tujuan kita hidup atas dunia yang sementara ini. Maut pasti menjelma. Sentiasa tanya diri ; 


assalamualaikum,selamat malam hari....

alhamdulillah...bersyukur kepada ALLAH swt..bersyukur sesangat kerana Allah memberikan  saya rezki lulus ujian..ujian apakah itu??hanya Dia,saya dan keluarga saya yang tahu...

Selasa, 8 Mei 2012

renungan..

pernahkah anda semua terfikir bahawa dunia yang kita diami ini semakin hari semakin tua...ingat tak anda akan kisah isra mikraj dimana rasulullah saw bertemu dengan seorang tua yang bongkok tiga serta bertongkat..itu gambaran dunia pada zaman rasulullah saw..zaman kini bagaimana,mungkin semakin nazak..jadi,sebelum tibanya kiamat,bertindaklahs ekarang ..persiapkan diri kita dengan amalan kebaikan..taat pada ALLAH dan tinggalkan kesyirikan..ingat..ingat..ingat mati..dan cuba untuk berubah dari keburukan kepada kebaikan..ingatlah juga,selagi pintu taubat masih terbentang luas buat kita,rebutlah peluang itu.jangan sampai bila saat tak berkesempatan,menjawablah di akhirat kelak...

Jom audit diri : Perbaiki mana yang perlu!

Daripada Umar bin al-Khattab, berkata: “Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, timbanglah amalanmu sendiri sebelum ia ditimbangkan untukmu, dan bersedialah untuk hari pembentangan amal yang besar, sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang melakukan muhasabah diri di dunia ini”

Pernah tak korang audit diri korang sendiri?

Mungkin kerana kesibukan hal duniawi kita kekadang alpa dan lalai sehingga tidak mempunyai waktu dan ruang untuk muhasabah diri sendiri. Mungkin ada masanya bila kita dikejutkan dengan sesuatu bencana atau peristiwa yang berlaku disekeliling kita baru kita terfikir mahu mendekatkan diri kepada Allah.

Apa kata bermula hari ini, kita belajar untuk sentiasa meng"audit" diri, biasakan muhasabah diri setiap hari.


Firman Allah Taala: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan”. (Surah al-Hasyr:18).

Menurut Ibnu Kathir , tafsiran ayat diatas membawa maksud: “Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung dan perhatikan amalan soleh yang kamu simpan untuk dirimu pada hari yang dijanjikan dan ketika kamu dihadapkan di hadapan Tuhan kamu”

Bagaimana cara nak audit diri?

Banyak cara kita boleh praktikkan untuk audit diri kita, 
  • Mungkin setiap malam sebelum tidur kita boleh recall balik apa yang dah kita lakukan sepanjang hari tersebut. Mana yang lagi banyak ; banyak buat kebaikan ke atau lebih banyak buat dosa
  • Mungkin untuk setiap pekerjaan atau perberbuatan yang ingin kita lakukan, sebelum kita melakukannya kita audit dulu adakah berfaedah atau tidak untuk dilakukan, adakah kita melakukannya kerana Allah SWT atau kerana nama dan harta atau kerana sebab lain?
  • Mungkin juga jadual dibawah boleh membantu kita melihat sebanyak mana amalan yang dah kita buat, dan berapa banyak ruang lagi yang perlu kita perbaiki dan tambah. 
    jadual ini boleh di edit dengan menambah perkara sunat lain yg dirasakan perlu






Tidak kira bagaimana cara yang kita lakukan, audit diri atau muhasabah diri itu penting untuk kita praktikkan. Jangan sampai nyawa sudah dihujung tanduk baru kita sedar yang bekalan amalan kita terlalu sedikit jika nak dibandingkan dengan dosa yang dah kita buat.

Sama-sama la kita meng"audit" diri kita (^_^)bukan asyik audit urusan dunia je.....

MUHASABAHKAN DIRI KITA SEBAGAI HAMBA KEPADA-NYA


Hidup adalah perjalananku
Yang diberikan oleh Tuhanku
Mati pun juga itulah hakku
Yang ditentukan oleh Tuhanku

Hidup adalah perjuanganku
Yang diberikan oleh Tuhanku
Bila ku terjatuh bangunkan aku
Bila ku lupa sadarkan aku

Selamanya ku ikhlas untukMu
Jika memang ku harus mati
Tapi maafkan segala dosaku
Dan ampuni kesalahanku


Takkan pernah ada yang mampu
Bisa jalani hidup tanpa kehendakMu
Dan manusia hanya mampu
Bisa berusaha jalani hidup